Membuat
Corak Dan Rekaan
Tahun :
1
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Renjisan dan Percikan
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Pembalut Buku
Masa : 60 minit
Media : Alat : berus gigi, palet, dan daun
Bahan : kertas
lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh
corak teknik percikan
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
STANDARD KANDUNGAN
1.
Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan
prinsip rekaan : rupa, warna, jalinan, kontra, ritma, dan harmoni) yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan.
2.
Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual
menerusi penentuan media dan teknik
dalam penghasilan corak.
3.
Penzahiran
idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4.
Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
2.1
Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan
memahami bahasa seni
visual yang
ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur
seni
2.1.1.1 Warna – primer dan
sekunder
2.1.1.2 Rupa – organik
2.1.1.3 Jalinan
– tampak
2.1.2 Prinsip
rekaan
2.1.2.1 Kontra –
warna
2.1.2.2 Ritma dan
pergerakan – rawak
2.1.2.3 Harmoni – bentuk
2.2
Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa seni visual
dalam
menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal
dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus gigi, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster
atau tempera
2.2.2 Mengetahui
penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – renjisan dan percikan (corak tidak terancang)
2.3
Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
2.3.1 Memilih
dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan
unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
2.4
Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan
bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan
karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan
karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai
karya sendiri dan rakan
Persepsi
Estetik
·
Guru menunjukkan contoh-contoh corak yang terhasil daripada teknik renjisan dan percikan.
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur jalinan, warna, rupa,
kontra, ritma dan pergerakan, dan harmoni.
Aplikasi
Seni
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media
yang
sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik percikan dan renjisan.
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan
media dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan.
·
Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan percikan.
Ekspresi
Kreatif
·
Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
·
Bancuh
cat air atau tempera dalam palet.
·
Buat
bancuhan warna primer dan sekunder.
·
Sediakan
sekeping kertas lukisan.
·
Sediakan
motif seperti yang diinginkan (daun).
Langkah 2
·
Susun
daun di atas kertas lukisan.
Langkah
3
·
Sapukan warna pada berus gigi dan
percikkan warna pada permukaan kertas dengan menggunakan sikat atau jari.
Langkah 4
·
Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza.
Langkah
5
·
Setelah siap alihkan daun daripada
kertas lukisan dan jemur hingga kering.
Apresiasi
Seni
·
Murid mempamerkan hasil kerja.
·
Murid menceritakan hasil kerja
sendiri dan rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment