Pages

Thursday 8 December 2011

Teknik Mozek




1.   Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.

2.   Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau kilauan. 


3.   Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas.

Tuesday 6 December 2011

Chinese Lantern

This paper Chinese Lantern is easy to make and looks great. Make lots and string them together for a cool decoration. Note: because this lantern is made of paper, we do NOT recommend that you use it as a real lampshade.
Instructions

paper Chinese lantern Chinese new year
  1. Start with rectangular sheet of paper. Cut a strip of paper from the long edge of the paper 
  2. (about 1" width). This will be used as the handle of the lantern.
  3. Fold the paper in half lengthwise. Cut strips crosswise: cut from the folded edge towards the raw edge. Be careful to keep the strips connected and do not cut each strip off.
  4. Unfold the paper.
  5. Loop the paper around to form a tube. Join the short ends of the paper together with tape or staples.
  6. Tape or staple on the handle made in step 1 and you're done! You can make many of them and string them together - use a small piece of tape to keep them equal distance from one another.

Sunday 4 December 2011

Batik

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak. 

Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.




Saturday 3 December 2011

Corak Batik



Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng

Alat

1. Canting
2. Pemidang
3. Berus
4. Periuk
5. Kuali atau bekas
6. Dapur

Bahan

1. Kain putih (jenis kain kapas)
2. Campuran lilin
3. Bahan pewarna
4. Bahan pemati warna (fixer)
5. Debu soda

peralatan dan bahan yang diperlukan

canting digunakan untuk melukis lilin panas ke permukaan kain sebelum diwarnakan

Teknik dan Proses

1. Kain dibersih dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah ditetapkan

7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 – 12 jam untuk mematikan warna

9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering