Pages

Friday, 28 October 2011

MENGGAMBAR


Tahun                                        : 1
Bidang                                      : Menggambar
Aktiviti                                       : Kolaj
Tema                                         : Alam Benda
Tajuk                                         : Rumahku
Masa                                         : 60 minit
Media                                        : Alat : gunting
                                                 Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan gam.
Bahan Bantu Mengajar           : Contoh slaid atau gambar Rumahku dengan
teknik kolaj
EMK                                         : Elemen Kreativiti dan Inovatif


STANDARD KANDUNGAN
1.       Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.
2.                Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3.               Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4.              Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

1.1 Persepsi Estetik          Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
     1.1.1     Unsur seni
1.1.1.1                      Rupa organik dan geometri
1.1.1.2                        Warna bebas
     1.1.2     Prinsip rekaan
1.1.2.1                     Harmoni rupa, bentuk, dan warna
1.1.2.2                    Kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi
1.2 Aplikasi Seni                Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
     1.1.2       Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1                      Alat gunting
1.2.1.2                   Bahan kertas lukisan, kertas warna, dan gam
     1.2.2      Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1                    Teknik kolaj
1.3 Ekspresi Kreatif            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
     1.3.1          Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
     1.3.2      Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni              Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
     1.4.1        Mempamerkan karya yang dihasilkan
     1.4.2     Menceritakan karya sendiri secara lisan
     1.4.3     Menghargai karya sendiri dan rakan

Persepsi Estetik
·        Guru menunjukkan contoh hasil lukisan.
·        Guru menunjukkan paparan slaid rumah.
·        Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan kolaj.
Aplikasi Seni
·       Guru menunjukkan contoh beberapa rupa rumah, pokok bunga, batu, dan pokok yang telah dipotong pada kertas warna.
·       Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun akan menjadi satu komposisi pemandangan yang menarik.
·       Guru meminta murid menyatakan bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya.
Ekspresi Kreatif
·       Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
·        Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
·       Guru mengedarkan templat (rupa : atap, dinding, pokok dan awan), kertas lukisan dan kertas warna kepada setiap kumpulan.
·       Murid menekap templat pada kertas warna yang diberi oleh guru secara individu.
·       Murid menggunting kertas warna mengikut rupa atap, dinding, pokok, dan awan dengan bimbingan guru.
Langkah 2
·         Murid menyusun dan menampal potongan kerta warna mengikut kreativiti masing-masing untuk menghasilkan gambar “Rumahku”.

Apresiasi Seni
·         Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
·         Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti.

No comments:

Post a Comment